Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik
merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat
antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya
yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada
al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain
seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads
dan banyak lagi.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India
beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan
serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan
yang dikemukakan secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau
sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat
antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab
Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika
Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong,
Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah
ditempat asal beliau sendiri; India.
Dr. Zakir Naik mendapat
pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke
Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical
College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah
Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and
Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.
Beliau aktif
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara
yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell
(Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang
individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh
Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.
Beliau juga
menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad
Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had
taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai
anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa
yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”
Beliau
sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen
dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman
ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat
(CD)
Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang
doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk
aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai
Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F.
Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.
Antara
buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To
The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science –
Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam
And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?,
Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s
Word? Dan banyak lagi.
Islamic Reseach Foundation yang diasaskan pada bulan Februari 1991
merupakan satu pertubuhan rasmi yang tidak berasaskan keuntungan yang
berperanan menyebarkan dakwah serta mesej Islam kepada masyarakat, sama
ada Islam mahupun bukan Islam.
Kerja-kerja yang dihasilkan oleh I.R.F
termasuklah buku-buku, dokumentari dan video-video ceramah telah sampai
ke jutaan manusia di serata dunia melalui saluran TV satelit
antarabangsa, Internet dan media cetak; kebanyakkan menumpukan kepada
memberikan kefahaman terhadap kebenaran dan kesempurnaan agama Islam
berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis sahih dan juga logik akal.
Dr Zakir Naik
Written by Siti Lailatul Hajar (Bintang Sahara) on Rabu, 15 Mei 2013 at 01.43
Langganan:
Posting Komentar (RSS)
0 Responses to "Dr Zakir Naik "
Posting Komentar